KLik KLok

Thursday, March 8, 2012

Salam Takziah

Baru mendapat khabar berita dari k.jue atas pemergian p.long sbntar tadi. 
tak sempat untuk kami sekeluarga melawat arwah.
mmg bercadang untuk pergi sabtu ni.
tunggu semua anak-anak ayah dan mama balik.
tapi,maut tu Allah tak lambat kn langsung walau seminit.


Seorang lagi keluarga kami gugur...
Takut bile memikirkan giliran siapa pula selepas ini
Aku kah?


Aku mendoakan agar arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh.
Agar segala urusannye dipermudahkan segalanya..


Salam Takziah kpda m.long sekeluarga.
Kalau panjang umur,sampailah kami esok..Insya-allah


Al-Fatihah...

You are my rib...



Here's something to touch your hearts....


A girl in love asked her boyfriend.
Girl: Tell me. Who do you love most in this world?
Boy: You, of course!
Girl: In your heart, what am I to you?
Boy: The boy thought for a moment and looked intently in her eyes and said, "You are my rib. It was said that God saw that Adam was lonely, during his sleep, God took one of Adam's rib and created Eve. Every man has been searching for his missing rib, only when you find the woman of your life, you'll no longer feel the lingering ache in your heart."


After their wedding, the couple had a sweet and happy life for a while.
However, the youthful couple began to drift apart due to the busy schedule of life and the never-ending worries of daily problems, their life became mundane.
All the challenges posed by the harsh realities of life began to gnaw away their dreams and love for each other. The couple began to have more quarrels and each quarrel became more heated.


One day, after the quarrel, the girl ran out of the house. 
At the opposite side of the road, she shouted, "You don't love me!"
The boy hated her childishness and out of impulse, retorted, "Maybe, it was a mistake for us to be together!
You were never my missing rib!"
Suddenly, she turned quiet and stood there for a long while. 
He regretted what he said but words spoken are like thrown away water, you can never take it back. 
With tears, she went home to pack her things and was determined in breaking-up. 
Before she left the house, "If I'm really not your missing rib, please let me go." She continued, "It is less painful this way. Let us go on our separate ways and search for our own partners."


Five years went by...
He never remarried but he had tried to find out about her life indirectly. 
She had left the country and back. 
She had married a foreigner and divorced. 
He felt anguished that she never waited for him.
In the dark and lonely night, he lit his cigarette and felt the lingering ache in his heart. 
He couldn't bring himself to admit that he was missing her.


One day, they finally met. 
At the airport, a place where there were many reunions and good byes. 
He was going away on a business trip. 
She was standing there alone, with just the security door separating them. 
She smiled at him gently.


Boy: How are you?
Girl: I'm fine. How about you? Have you found your missing rib?
Boy: No.
Girl: I'll be flying to New York in the next flight.
Boy: I'll be back in 2 weeks time. Give me a call when you are back. You know my number. Nothing has changed.


With a smile, she turned around and waved good bye.
Good bye...


One week later, he heard of her death. 
She had perished in New York, in the event that shocked the world.
Midnight, once again, he lit his cigarette. 
And like before, he felt the lingering ache in his heart...Suddenly...... 


 He finally knew. SHE was the missing rib that he had carelessly broken....


 --------------------------------------------------------------------


Sometimes, we say things that we don't mean; 
we do things without sparing a minute to think about it; 
we walk away when things get a bit rowdy for us; 
we turn to our vices to seek refuge and comfort.....
but the truth is, 
sometimes, 
A MINUTE is all it takes for us to realize that what we are about to do, 
might damage the one thing that kept you going all these years;
might destroy a lifetimes dream; 
might leave you in a lifetime of regret. 
So please, 
just try to spare A Minute. 
I know it's easier said than done...
but the important thing there,
is that we tried. 


- Keep safe everyone. Keep on loving one another.-

Saturday, March 3, 2012

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, 
tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, 
cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? 

Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, 

berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Cinta tidak datang dipaksa-paksa.

Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. 
Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, 

seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. 
Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, 

membimbing kelakuan kita, 
menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, 
mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, 
dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. 

Lambat atau cepat, maafkan saya, 
kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan,

kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. 
Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, 

selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, 
kita, wanita, 
harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, 

bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, 

gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. 

Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. 
Itulah adat dalam perhubungan. 
Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, 

tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, 

jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, 
maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, 

dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, 
anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.


Wanita, 
kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. 
Kerana benih seorang lelaki,
 kita ini tersenyawa, 
dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, 

kita ini ditiupkan jiwa, 
menjadi manusia, 
dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, 
sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, 

kita wanita, 
kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, 
tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, 
tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, 

kita terbit daripada rusuk lelaki, 
bukan dekat kepala untuk dijunjungi, 
bukan dekat bahu untuk membebani, 
bukan dekat lengan untuk dijulangi, 
bukan dekat jari untuk disakiti, 
bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, 
bukan dekat lutut untuk ditindihi, 
bukan dekat kaki untuk ditunggangi, 
tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, 

kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, 

maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya.

Kita mahu terus bersama-sama, 
terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, 
sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, 

semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. 
InsyaAllah...


A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever.” 


Sumber~~

Friday, March 2, 2012

Jarak Itu Menjaga Aku dan Dia


Semua insan dalam dunia ini pasti pernah merasai perasaan itu. Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa kita sebagai manusia. Perasaan yang kadangkala hadirnya tanpa kita duga atau kita paksa.
Memang sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu. Cuma mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap individu.
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."
[Ali 'Imran, 3:14]
Dalam diam, perasaan itu hadir di hatiku
Seperti insan lain, aku jua merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam berputik, tetapi telah hampir 5 tahun aku pendam. Aku sering tertanya-tanya salahkah untuk aku mempunyai perasaan yang bukan aku reka atau cipta, perasaan yang hadirnya tak pernah aku paksa, perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa. Namun dalam aku melangkah menyusuri perasaan itu, aku sering dilanda rasa khuatir. Aku khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa cintaku pada-Nya. Aku khuatir andai rindu yang aku pendam melebihi rinduku pada-Nya. Diri ku dan dia diikat dengan satu ikatan di dalam hati. Ikatan yang tak perlu aku dan dia lafaz melalui bicara kata.
Cukuplah rasa ini aku pendam dan dia juga memendam rasa yang sama. Jasad aku dan dia beribu batu terpisah. Hati aku dan dia juga beribu batu menjauh. Kini, wajahnya pun mungkin telah menjadi samar-samar di ingatanku. Suaranya seperti ku ingat-ingat lupa di telingaku. Rinduku padanya yang tidak menentu telah menjadi rindu yang ada hala tuju.

Saat aku dan dia menjauh
Pernah satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. Aku rasa seperti tidak sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi. Namun kini, aku mengerti mengapa dia makin menjauh dari aku. Aku hormat keputusannya kerana aku tahu semua ini dia lakukan demi kebaikan aku dan dia.Teringat aku bicaranya tentang kisah kami. Kami dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali. Dalam keadaan saling tidak mengenali, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kami. Sehingga kini, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini.
Oleh itu, aku megerti mungkin pertemuan yang aneh ini harus jua dilalui dengan jalan yang aneh. Biarlah 'JARAK' ini menjadi penjaga bagi aku dan dia. Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya-Rabb. Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.

Jarak ini menjaga aku dan dia
Kini aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku. Tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi.Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.
Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.
"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
(Ar-Ra'd 13:28 )
Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia

bosan

bosan...
nth ape2..
lantakla bnde nk jadi
ak mls nk cara
lantak la nk ckp ap
xphm sudah
ak pom mls nk phm dah

Wednesday, February 29, 2012

penat

10hari..
bkn senang untuk aku.
apa yg kau tau ialah menyalahkan aku.
ye,aku tau aku salah
tapi perlu ke setiap kali kau menyalahkan aku
pernah tak juga kau fikir kenapa juga aku jadi begini
kalau kau kata kau berubah sebab aku
aku pun begitu.,sebab kau juga aku begini
aku cakap byk,kau marah
aku diam,pun kau marah
apa yang kau nak sebenarnya..
cukuplah menyalahkan aku diatas apa yang berlaku
aku juga penat..cuma kadang aku tidak luahkan
sebab
aku nak kau tau
yang aku xpernah penat untuk kau
gaduh,ketawa,dingin,senyum
tapi cukup lah sampai sini..
aku dah semakin penat dan hampir pitam..
cukuplah ye..
biarlah semua berhenti kat sini
tidak kiralah apa juga yang kau fikirkan
apa yang kau rasa
cukuplah sampai sini..

Sunday, February 26, 2012

Hai si Bertudung Labuh :)

Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!
Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!

Hinalah mereka!,
Hinalah mereka yang bertudung labuh!,
Hinalah mereka yang menutup aurat dengan sempurna,
Hinalah mereka Hamba Allah yang patuh!.

Hinalah mereka!,
Bertudung labuh hipokrit!,
Bertudung labuh hodoh!,
Bertudung labuh ketinggalan zaman!.

Herdiklah mereka!,
Hanya kerana mereka tunduk patuh kepada suruhan Allah!,
Sanggup mengenepikan nafsu yang membuak untuk memuaskan keinginan diri!,
Untuk tidak mendedahkan mahkota berharga buat tatapan nafsu si teruna.

Cacilah mereka,
Kerap kali tuduhan fitnah terus dicurahkan!,
Hanya kerana si dia bermaksiat, habis semuanya dikatakan sama!.
Stereotapsi sana sini!,
Teruskanlah!, mereka hanya ikhlas kerana Allah!.

Mereka sanggup!, sanggup berpanasan!,
Dikala teriknya matahari!,
Sanggup berpeluh hanya kerana kehadiran si dia bukan mahram!.
Memikirkan Allah dan Rasul lebih dari segalanya!.

Perlilah mereka!,
Dikatakan berlebih-lebihan menunjuk ke’aliman!,
Sedangkan mereka berusaha yang terbaik,
Tetapi dusta menjadi tafsiran!.

Satu demi satu tuduhan, hinaan, cacian saat mereka melangkah,
Mengumpat, memfitnah, mencela,
Dimanakah pergi erti kemanusiaan?
Atau lantangnya suara memekikan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar?!,
Saat si dia melutut pada Allah, dikatakan lagak bagus!.

Dunia, dunia kini penuh dengan penipuan, kesombongan manusia!.
Kata-kata manis terus diekpresikan seindah bunyi siulan burung,
Tetapi realitinya busuk dan kotor,
Prioritinya dunia bukannya si Dia.

Hai mereka yang bertudung labuh,
jagalah akhlak mu! jangan kerana engkau seorang habis punah mereka yang lain,
janganlah engkau menganggap diri itu sempurna, luruskan niat mu!,
kerana Allah sayang pada mereka yang ikhlas dan taat pada SuruhanNya.

Hai mereka yang bertudung labuh!
Islam itu datangnya asing!,
kembalinya pun asing!,
beruntunglah kau saat kau diasingkan!,
kerana kelak kau akan diasingkan bersama Rasulullah didalam syurga!

Hai yang bertudung labuh,
Janganlah bersedih!. Janganlah berduka!.
Tabahkan hati, kuatkan Iman tingkatkan taqwa!,
Biarkan berapa banyak sekalipun longgokan manusia merendahkan anda,
Kerana ingat, disisi Allah, andalah yang tinggi dan mulia!.
Janji Allah itu pasti, dan dia Maha Menepati Janji.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Christening Gowns, Free Blogger Templates